Sunday 4 March 2012

kemunculan imam Mahdi di akhir zaman..

assalamualaikum w.b.t
dunia akhir zaman..
memang kite tahu dh tercatat dalam al-Quran tentang kemunculan imam Mahdi ketika dunia telah terlalu hampir dengan hari KIAMAT..
tapi..yang kite takuti adalah..
apabila beliau muncul, adakan semua umat Islam akan mempercayai nya?
terlalu byk ajaran sesat zaman sekarang yang telah menyebabkan kita sukar untuk mempercayai perkara2 sebegini..
so kepada semua saudara seIslam ku berdoa lah kita agar Allah meletakkan kita dalam golongan hamba2-Nya yang tidak sesat di akhir nanti..
mungkin kita sekarang sibuk dengan macam2 perkara..
tapi luangkan lah sedikit masa untuk mengambil tahu hal yang PASTI akan berlaku ini..

عَنْ زِرٍّ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ عَنِ النَّبِىِّ -صلى الله عليه وسلم- قَالَ « لَوْ لَمْ يَبْقَ مِنَ الدُّنْيَا إِلاَّ يَوْمٌ ». قَالَ زَائِدَةُ فِى حَدِيثِهِ « لَطَوَّلَ اللَّهُ ذَلِكَ الْيَوْمَ ». ثُمَّ اتَّفَقُوا « حَتَّى يَبْعَثَ فِيهِ رَجُلاً مِنِّى ». أَوْ « مِنْ أَهْلِ بَيْتِى يُوَاطِئُ اسْمُهُ اسْمِى وَاسْمُ أَبِيهِ اسْمَ أَبِى ». زَادَ فِى حَدِيثِ فِطْرٍ « يَمْلأُ الأَرْضَ قِسْطًا وَعَدْلاً كَمَا مُلِئَتْ ظُلْمًا وَجَوْرًا ».

Dari Dzar dari Abdullah dari Nabi SAW yang bersabda : "Sekiranya dunia hanya tinggal sehari sahaja (sebelum qiamat) nescaya Allah memanjangkan hari itu sehingga bangkit padanya seorang lelaki dari keturunanku atau dari kaum keluargaku, yang namanya spt namaku, nama bapanya spt nama bapaku, ia akan memenuhi bumi dengan keadilan dan saksama sebagaimana bumi dipenuhi kezaliman dan kekejaman. Hadith riwayat Abu Daud dan Turmizi.
Dari Abu Said Al-Khudri ra berkata : "Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda ; "Akan lahir dari umatku seorang lelaki yang menyeru dengan sunahku, Allah menurunkan hujan dari langit untuknya, bumi mengeluarkan kasil dan darinya buni dipenuhi dengan kedurjaan dan kekejaman. Ia memerintah umat ini selama tujuh tahun dan akan berada di baitul Maqdis. Hadith riwayat At-Tabarani.  

untuk mengetahui lebih lanjut..klik sini

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...